Saturday 17 December 2011

Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICTuntuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. 

Dalam satu laporan dibuat oleh Allan H.K. Yuen, Nancy Law dan K.C. Wong dari University of Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Hong Kong melancarkan satu strategi ICT lima-tahun di sekolah-sekolah pada penghujung 1998. Karya ini melaporkan dapatan analisis model perubahan di 18 buah sekolah yang berusaha untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum sekolah. Kajian menunjukkan bahawa strategi yang diguna pakai oleh sekolah dalam memulakan perubahan itu dan perubahan amalan pedagogi yang menggunakan ICT amat bergantung kepada visi dan kefahaman pemimpin sekolah peranan dan kesan ICT dalam kurikulum, matlamat dan objektif mereka untuk integrasi ICT, serta sejarah, budaya dan latar belakang sekolah dan visi dan misi amnya.

Untuk kajian dan dapatan yang lebih terperinci, anda bolehlah merujuk kepada jurnal ini :

No comments:

Post a Comment