Tajuk : Mari Belajar Matematik
Sasaran : Murid Tahun 1
Objektif : Murid dapat mengira dari nombor 1 hingga 20, Murid dapat membanding nombor besar dan nombor kecil
Mata pelajaran Matematik boleh diajar dengan pelbagai cara termasuklah melalui Youtube. Video di atas adalah salah satu contoh bagaimana pelajar dapat diajar melalui Youtube. Guru bolehlah memilih tajuk pengajaran dan membuat video mengenainya. Para pelajar, terutamanya pelajar sekolah rendah akan lebih meminati pengajaran guru sekiranya guru menggunakan kaedah yang pelbagai dan tidak tertumpu kepada pengajaran di hadapan kelas sahaja.
Media pengajaran seperti video merupakan salah satu media yang telah dikenalpasti boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Heinich, Molenda, Russell, & Smaldino, 2002; Yusuf Hashim & Razmah Man, 2005).
Dengan kemudahan Portal Video Internet (PVI) ini, guru-guru wajar memanfaatkan kehadiran kemudahan mendapatkan video ini, agar ia boleh digunakan secara positif dan efektif. Adalah menjadi satu keperluan kepada guru untuk memiliki kemahiran dalam menggunakan teknologi (Norhayati Abd. Mukri, 1995) yang telah tersedia seperti PVI bagi membantu mereka menyediakan bahan P&P dengan lebih efektif dan efisien.
Sumber :
APLIKASI PORTAL VIDEO INTERNET DALAM P&P DALAM KALANGAN GURU oleh Norabeerah Saforrudin
Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid.
ReplyDeleteTidak dapat dinafikan bahawa, guru matematik yang pakar sekalipun akan mati akal untuk mengajar matematik jika murid-muridnya tidak berminat untuk belajar. Tinjauan pernah dibuat dalam kalangan guru-guru mengenai bagaimana mereka menangani masalah seperti ini. Kebanyakannya mengatakan bahawa mereka akan memberikan banyak latihan matematik kepada murid-murid tersebut. Latihan matematik secara bertubi-tubi ini sekurang-kurangnya akan menjadikan murid-murid sibuk dan tidak membuang masa di dalam kelas. Sekalipun murid-murid telah menyiapkan semua latihan matematik yang diberikan oleh guru mereka pada setiap hari, adakah semua latihan matematik itu akan menambah minat murid-murid kepada matematik? Ya, belum tentu!
ReplyDeleteSaya suka Matematik...
ReplyDeletetahniah...blog yang menarik dan memberikan makna pada pembaca
ReplyDelete