Tajuk : Mari Belajar Matematik
Sasaran : Murid Tahun 1
Objektif : Murid dapat mengira dari nombor 1 hingga 20, Murid dapat membanding nombor besar dan nombor kecil
Mata pelajaran Matematik boleh diajar dengan pelbagai cara termasuklah melalui Youtube. Video di atas adalah salah satu contoh bagaimana pelajar dapat diajar melalui Youtube. Guru bolehlah memilih tajuk pengajaran dan membuat video mengenainya. Para pelajar, terutamanya pelajar sekolah rendah akan lebih meminati pengajaran guru sekiranya guru menggunakan kaedah yang pelbagai dan tidak tertumpu kepada pengajaran di hadapan kelas sahaja.
Media pengajaran seperti video merupakan salah satu media yang telah dikenalpasti boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Heinich, Molenda, Russell, & Smaldino, 2002; Yusuf Hashim & Razmah Man, 2005).
Dengan kemudahan Portal Video Internet (PVI) ini, guru-guru wajar memanfaatkan kehadiran kemudahan mendapatkan video ini, agar ia boleh digunakan secara positif dan efektif. Adalah menjadi satu keperluan kepada guru untuk memiliki kemahiran dalam menggunakan teknologi (Norhayati Abd. Mukri, 1995) yang telah tersedia seperti PVI bagi membantu mereka menyediakan bahan P&P dengan lebih efektif dan efisien.
Sumber :
APLIKASI PORTAL VIDEO INTERNET DALAM P&P DALAM KALANGAN GURU oleh Norabeerah Saforrudin