Saturday, 17 December 2011

Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICTuntuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. 

Dalam satu laporan dibuat oleh Allan H.K. Yuen, Nancy Law dan K.C. Wong dari University of Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Hong Kong melancarkan satu strategi ICT lima-tahun di sekolah-sekolah pada penghujung 1998. Karya ini melaporkan dapatan analisis model perubahan di 18 buah sekolah yang berusaha untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum sekolah. Kajian menunjukkan bahawa strategi yang diguna pakai oleh sekolah dalam memulakan perubahan itu dan perubahan amalan pedagogi yang menggunakan ICT amat bergantung kepada visi dan kefahaman pemimpin sekolah peranan dan kesan ICT dalam kurikulum, matlamat dan objektif mereka untuk integrasi ICT, serta sejarah, budaya dan latar belakang sekolah dan visi dan misi amnya.

Untuk kajian dan dapatan yang lebih terperinci, anda bolehlah merujuk kepada jurnal ini :

Wednesday, 14 December 2011

Mari Belajar Matematik - Tahun 1



Tajuk : Mari Belajar Matematik
Sasaran : Murid Tahun 1
ObjektifMurid dapat mengira dari nombor 1 hingga 20, Murid dapat membanding nombor besar dan nombor kecil

         
       Mata pelajaran Matematik boleh diajar dengan pelbagai cara termasuklah melalui Youtube. Video di atas adalah salah satu contoh bagaimana pelajar dapat diajar melalui Youtube. Guru bolehlah memilih tajuk pengajaran dan membuat video mengenainya. Para pelajar, terutamanya pelajar sekolah rendah akan lebih meminati pengajaran guru sekiranya guru menggunakan kaedah yang pelbagai dan tidak tertumpu kepada pengajaran di hadapan kelas sahaja. 
       Media pengajaran seperti video merupakan salah satu media yang telah dikenalpasti boleh  meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Heinich, Molenda, Russell, & Smaldino, 2002; Yusuf Hashim & Razmah Man, 2005).
       Dengan kemudahan Portal  Video Internet (PVI) ini, guru-guru wajar memanfaatkan kehadiran kemudahan mendapatkan video ini, agar ia boleh digunakan secara positif dan efektif.  Adalah menjadi satu keperluan kepada guru untuk memiliki kemahiran dalam menggunakan teknologi (Norhayati Abd. Mukri, 1995) yang telah tersedia seperti  PVI bagi membantu mereka menyediakan bahan  P&P dengan lebih efektif dan efisien.  



Sumber : 
APLIKASI PORTAL VIDEO INTERNET DALAM P&P DALAM KALANGAN GURU oleh Norabeerah Saforrudin



Saturday, 3 December 2011

Nostalgia Bersama Guru-guru dan Murid 2009

Kenangan lawatan ke RDC Sandakan



Sebelum bertolak..






Guru-guru SK Tangkungon




Pemandangan bandar Sandakan